Logo MAG - Website
Kenangan Desasiswa Cahaya, USM

23 SEPTEMBER 2014


Di desasiswa cahaya, USM sekitar tahun 1993-1995.. degree in Statistik Gunaan dan Penyelidikan Operasi. Result matrikulasi 1 4A 1F.


Disebabkan result matrikulasi 2 terlebih power (F kebanyakan paper).. maka result degree pun samalah... Sem 1-F. Sem2-F. Sem3-F. Sem4. Ambil cuti.. sebab nak kena buang dari USM..


Kelas tak pergi... exam pergi dan tak pergi... kena bar dari ambil exam.. Kerja tidur jerrrr... bangun jam 12 tengah hari atau 3 pm.. kadang-kadang member akan baca yasin beramai-ramai supaya MAG bangun tidur..hehe


Gaya berserabut.. kepala .. rambut dan lain-lain...

Lagi pelik dan ajaib waktu inilah MAG memegang jawatan Yang di-Pertua Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.. (Unit Kaunseling).