Logo MAG - Website
Kontraktor VS Kaunselor

Teringat dahulu semasa belajar di USM Penang .. MAG pernah memegang jawatan tertinggi seperti "Yang di-Pertua"... "Timbalan yang di-Pertua"... "Pengarah" dan lain-lain.. untuk beberapa persatuan seperti Kelab Pembimbing Rakan Sebaya USM, Persatuan Khidmat Masyarakat, dll.


Sekarang usia MAG 42 tahun. Semasa menjadi kontraktor, MAG juga sebenarnya seolah-olah masih memegang jawatan yg sama iaitu sebagai kaunselor.. sehingga ke hari ini...


APA TIDAKNYA... semasa proses pembinaan rumah client.. kadang-kadang client juga berdepan dgn masalah peribadi dengan anak-anak, suami-isteri, perniagaan, keluarga... Ribut datang melanda.. jadi MAG menjadi tempat luahan perasaan..kadang-kadang sampai jam 4-5 pagi... sebagai seorang kaunselor mestilah kita akan rasa ingin membantu client kita walaupun servis tersebut tidak termaktub dalam kontrak menyiapkan rumah client..


Lain-lain kerja part time yg diminta oleh client:

1. Membeli tuala, pinggan mangkuk, sudu, semua perkakas rumah kecuali baju mereka sahaja

2. Sebagai penasihat cara berpakaian kerana mungkin client baru rasa nak jadi orang kaya baru.

3. Penasihat .. untuk memilih kereta idaman.. seperti Porsche, Ferarri dan lain-lain.

4. MAG sendiri diminta mandi dalam tandas dan berenang dalam kolam renang untuk mengetahui kelemahan sebelum dia menggunakannya. Jadi sambil mandi sambil mencuci kotoran yg ada....

5. Penasihat pelaburan

6. Yang paling best pernah menjadi penasihat memilih hand bag seperti... LV, Gucci, Channel dan lain-lain... untuk isteri client sebagai hadiah.. kerana si suami tak tahu mana yang terbaik.. hehe.


Kadang-kadang tersenyum sendiri... Terima kasih atas kepercayaan tersebut.


Nota kaki : gambar diambil oleh kru majalah Impiana.. satu ketika dahulu.