14 JANUARI 2016
Sekarang ini ramai yang cop diri MAG sebagai interior designer @ pereka hiasan dalaman. Bila MAG ceritakan sebenarnya MAG adalah seorang graduate architect dan juga seorang kontraktor binaan bungalow yang mahir dalam kerja-kerja renovation. Mereka seolah-olah masih ragu-ragu.
Mag akan cerita asal usulnya:
1993 - 1995: Degree Statistik dan Penyelidikan Operasi (separuh jalan)
1995 - 1999: Degree Housing, Building & Planning USM (part 1). Di sini MAG belajar menjadi kontraktor, QS, engineer, architect, juga interior dan landscaping, juga perancang bandar. Sistem pembelajaran di USM membuatkan MAG lebih terbuka kepada pelbagai kemahiran.
1999-2000: Degree Architecture USM (part 2)
2004: MAG ditubuhkan dengan menjalankan kerja-kerja renovation dari rumah teres hingga ke bungalow. Di awal pembinaan, kebanyakan hiasan dalaman atau kabinet ataupun kerja-kerja besi semuanya client yang cari sendiri. Dan kadang2 MAG subkan.
Satu kejadian berlaku di mana orang yang mag subkan kabinet tak siapkan kerja dia.. dan kerja grill juga terbelengkalai.. dia orang cabut lari. MAG dipersalahkan oleh client.
Bila nak cari new subcon untuk repair semula .. kos sangat tinggi dan budget duit MAG tak cukup. Di sinilah bermulanya penubuhan kilang MAG sendiri pada tahun sekitar 2006. Iaitu kilang kabinet, hiasan dalaman dan juga kilang besi yang dibuka serentak dengan 2 orang pekerja setiap kilang. Dengan pelaburan modal permulaan sebanyak RM 50k.
Peringkat permulaan memang menyakitkan.. dan menyedihkan.. MAG belajar setiap hari.. juga melakukan kesilapan setiap hari.. sehinggalah MAG berjaya mengatasi kesilapan dari hari demi hari. Makin lama, MAG dikenali, dengan rekaan hiasan dalaman yang berani dan gila-gila. Hingga MAG upgred kilang MAG dengan nilai pelaburan mencecah RM 500k.
MAG telah mendapat tempat pertama hiasan dalaman anjuran majalah Impiana untuk rumah MAG sendiri. Bermula di sinilah.. MAG dikenali sebagai pakar rekaan dalaman di Malaysia.
