19 OKTOBER 2018
Amalan ini sudah banyak membantu MAG dan berdasarkan kajian.. ia mampu menjadikan BOOSTER yang luar biasa kepada anda.
Biasanya kesan dalam masa 2-5 minggu ke atas, Insyaallah dengan izinNya.
1. Sembahyang dhuha, taubat, hajat, tahajut
Kenapa dhuha, orang bisness majoriti akan mengamalkannya serta terbukti kesannya. Insyaallah dengan izinNya.
2. Sedekah termasuk kepada cleaner sambil minta doa dari mereka
3. Berdoa dan berbicara dengan Tuhan dari hati yang suci. Bercakaplah dengan Tuhan setiap hari. Hanya Dia yang mampu memberi keceriaan dan sentiasa bersama kita. Menangis lah.. luahkan segala apa yang terbuku dalam diri.. kepada Tuhan. Ketenangan pasti muncul nanti.
Kerana Tuhan sering menyebut dalam Al-Quran, hanya dengan mengingati Tuhan, jiwa akan tenang. Kenapa kita masih angkuh dan degil.
4. Berjemaah di masjid sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kaedah sembahyang berjemaah memberi kekuatan secara simbolik akan kekuatan melebihi kesan dengan sembahyang sendirian. Tak percaya cuba.
5. Amalan vitamin B, C, Omega 3 untuk mood yang stabil dan mampu mengawal stress mahupun depression.
6. Vitamin Magnesium untuk tidur yang sempurna sekiranya sukar tidur atau sering mimpi ngeri dan memenatkan.
7. Olive oil dan madu kelulut untuk BP dan kolesterol. Mampu stabilkan perut. Kerana bila stress, asid akan berlebihan dalam perut.
8. Jungle tracking 4x seminggu.
9. Meditasi. Kaedah mengumpul dan membayangkan kekuatan diri melalui bayangan imej kejayaan.
10. Tidur seawal 10pm. Bangun seawal 5am. Tidur yang terbaik sebaiknya antara jam 10pm - 2am. Mengikut kajian pakar.
11. Tidur dengan fikiran yang positif.
12. Mengurangkan minuman caffeine seperti kopi, Nescafe, milo, minuman bertin dan air kotak. Caffeine menambah depression anda. Dengan menambah degupan jantung.
13. Mengurangkan makanan ringan yang ada MSG, fast food, Maggi.
14. Mengamalkan pernafasan O2 dan CO2
15. Kerap mendengar Al-Quran dan bentuk terjemahan supaya faham dan boleh menjiwai kandungan setiap hari dan sebelum tidur dan semasa tidur.
16. Menyuci tandas office. Surau.. rumah client sebelum siap. Untuk proses meletakkan diri ke tahap di bawah.
KESAN AMALAN ADALAH :
1. Masalah besar menjadi kecil
2. Masalah mudah diselesaikan
3. Anda akan rasa .. tiada lagi masalah dalam diri walau ada masalah sebesar gunung.
4. Anda akan rasa seolah-olah makan ubat penenang..
5. Jiwa menjadi tenang.
Semoga menjadi panduan
Nukilan MAG
Muhsin Abdul Ghani
Your Entrepreneur & Spiritual Motivator
