MAG lihat wujud perbezaan yang agak ketara antara golongan ini. Iaitu mereka yang kaya cepat dan tidak pernah jatuh dan mereka yang kaya, jatuh dan kaya semula. Juga mereka yang sudah lama kaya vs baru kaya.
"Kekayaan akan menyebabkan watak seseorang berubah.. !! " yer!!!
Akan menyebabkan diri menjadi sombong dan bongkak.
Akan menyebabkan diri menjadi angkuh dan ego
Akan menyebabkan diri menjadi suka menunjuk dan lupa diri. Kebanyakan kes mereka sebenarnya tidak sedar.. watak mereka telah berubah dan diubah oleh kekayaan.
KENAPA.... KERANA.
Mereka tidak pernah merasa sukarnya jatuh dan bangun semula.
Mereka tidak pernah merasai hinanya diri ketika jatuh.
Mereka tidak pernah merasa kesakitan badan, jiwa. ..
Mereka tidak pernah merasai .. pergolakan fikiran dan sukarnya untuk pulihkan semangat yang hilang.
JIKA MEREKA JATUH..
Baru mereka akan rasa cemburu bila mana tiada lagi harta yang ditonjolkan.. yang diwar-warkan .. dalam facebook.
Cemburu melihat kawan-kawan yang baru kaya. Pergi jalan serata dunia. Sedangkan kita tidak lagi mampu seperti dulu.
Cemburu kerana tidak lagi mampu tayangkan kereta mewah seperti dahulu. Sedangkan kawan-kawan lain asyik tayang jer.. kereta baru mereka.
BILA MEREKA BANGUN SEMULA DAN KAYA SEMULA
Mereka akan merasai nilai harta yang sebenarnya .. yang dipinjamkan oleh Tuhan kepada mereka.
Ketika inilah mereka akan menjadi manusia yang sederhana tapi berjiwa suci.. tidak lagi mahu sombong.. bongkak.. berlagak.. menunjuk.. kerana bumi ini bulat. Kita bukan senantiasa di atas. Kadang-kadang kita akan berada di bawah.
Ketika inilah jika Tuhan beri kekayaan semula.. wajah mereka .. tingkah laku mereka .. fikiran mereka akan lebih bermaruah dan tiada lagi sifat bongkak diri.
Kerana baru mereka sedar... kekayaan sejati adalah kekayaan yang datang dari hati yang suci.
Kekayaan yang meletakkan semua adalah pinjaman. Dan mainan dunia semata-mata.
JIKA TUHAN MENCABUT KEKAYAAN.
Paling MAG takut adalah kekayaan yang disentak oleh Tuhan secara tiba-tiba. Yang ditarik dan dicabut oleh Tuhan secara rakus. Takut tubuh terkejut.. takut tubuh tidak mampu menahan kesakitan.. Berbeza dengan kekayaan yang dicabut secara perlahan-perlahan oleh Tuhan..
Kita juga tak nak ... kekayaan yang Tuhan berikan dalam bentuk ISTIDRAJ. Maksud Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang MAG takut terjadi.
Nukilan MAG.
Entrepreneur & spiritual motivator
