25 OKTOBER 2018
1. Waktu kerja, bila bos datang kerja, jangan pandang bos atau senyum. Teruskan focus kerja. Sebab senyuman tertentu melambangkan ada sesuatu yang disembunyikan.
2. Waktu rehat keluar lewat sikit tapi masuk awal. Tapi waktu bos ada sahaja.
3. Keluar kerja lewat, paling kurang 1 jam terutama waktu depan bos.
4. Bila nak OT, punch awal.. tapi depan bos jer.. bila bos tanya kenapa punch.. sebab tak sampai hati. Bos pun bukan payment masuk lagi pun.
5. Bila bos whatsapp waktu lepas office hour, jawab jer. Tanda commitment kerja.
6. Kalau nak cuti, ambil waktu tengah-tengah weekday. Kalau bos tanya, sebab waktu hari Isnin atau hari Jumaat biasa waktu paling sibuk.
7. Kalau datang lambat.. tu keluar pun lambat jugak laa. Ganti semula waktu hilang.
8. Kadang-kadang jumpa bos dalam bilik. Tanyalah apa-apa soalan pasal kerja. Baru bos nampak ada kesungguhan.
9. Kadang-kadang pergilah jumpa bos dalam bilik tanpa bos panggil. Nampak kesungguhan kerja.
10. Kadang-kadang belanja bos. Curi-curi bayar dalam diam. Kalau bos, minum air jer. Nanti duit tak cukup pulak kalau ramai-ramai. Atau makan besar.
11. Kadang-kadang atau amalkan whatsapp laa bos lepas office hour.. tanya pasal kerja apa nak buat esok.
12. Fikirlah sendiri dan bincang selalu dengan bos berkenaan kaedah untuk upgrade kerja.
13. Bila OT malam-malam send hasil kerja last-last.. lewat-lewat atau tengah malam.. seolah-olah tengah OT di rumah ker.. walaupun sebenarnya kerja dah siap awal.. tapi jangan amalkan selalu nanti bos perasan..
14. Bila bos dah keluar pejabat hati-hati.. jangan merdeka atau melompat-lompat keriangan sebab bos dah tak ada.. Nanti .. bos lihat telatah anda dalam CCTV.. malu nanti. Atau ada perakam suara.. mengumpat bos.. tapi bos dalam diam dengar jer .. apa yang diumpati.
15. Waktu interview. Bila bos tanya pasal gaji. Jangan cakap nak berapa. Cakap jer ikut bos lah!! Nak bagi berapa. Tapi lepas kerja 3 bulan atau 6 bulan baru bincang pasal gaji. Sebab biasanya bos baru nampak kehebatan anda!!!!.
Dalam hati bos ada taman.. walaupun dia garang dan panas baran...
Di atas mengandungi ayat perli dan jenaka..
Nukilan MAG.
