Logo MAG - Website
Bila Bungalow Bukan Lagi Syurga Dunia

22 MEI 2019


Semua syurga dunia tidak semestinya indah untuk kita. Mungkin indah untuk 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun...


Client MAG ini, di waktu pembinaan usianya adalah 68 tahun. Kalau tak silap, sempat merasai keindahan syurga dunia selama 5 tahun. Sempat panggil MAG semula untuk design sebuah bungalow kecik di TTDI. Sebab katanya, bungalow ini hanya tinggal berempat sahaja bersama anak dia. Dia cakap bungalow ini terlalu besar untuk beliau ketika ini. Dia pun dah rasa mewah. Sudah cukup dan tiba masanya dia kembali ke kediaman biasa.


Sewaktu siap pembinaan, rumah ini penuh dengan anak-anak tapi tak sampai 5 tahun, penghuni rumah ini semakin hari, semakin berkurangan. Tapi belum sempat design bungalow baru yang lebih kecil, beliau telah dipanggil Ilahi. Al-fatihah.


Sempat juga sebelum kematian, beliau memanggil MAG menceritakan hutang RM 100k kepada anak-anak dan isteri beliau yang beliau belum jelaskan kepada MAG, sewaktu di Institut Jantung Negara. Alhamdulillah, terharu MAG dibuatnya.


Akhir-akhir ini, ramai client MAG mula membayar hutang-hutang lapuk mereka. Mungkin mereka baru dapat seru dari tuhan kot. Atau mereka mungkin tahu hutang tetap hutang. Alhamdulillah, tuhan terima doa MAG.


Tak semestinya bungalow mewah akan membahagiakan diri kita. Nasihat kepada mereka yang kecewa kerana tidak mampu memiliki bungalow sendiri dan masih tinggal di rumah teres seperti MAG sendiri.


MAG juga pernah memiliki sebidang tanah di Tropicana Golf dan terpaksa dilepaskan kerana perniagaan. Semua ada hikmah yang perlu MAG terima. Tapi walau bagaimanapun, MAG masih mempunyai impian untuk membina bungalow tapi di Bukit Jelutong, jika diizinkan Allah. Sebab Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk MAG.


Mereka yang mampu, teruskan membina bungalow idaman anda. Asalkan sifatnya seimbang mengikut keperluan, nafsu, kehendak dan kemampuan sekarang dan masa hadapan. Dan jangan lupa panggil MAG. Kebahagiaan kediaman terlalu subjektif untuk dinilai dalam bentuk duniawi.


____________________


English Mediterannean Morocco design


Completed job by MAG.

Designer: MAG Architect Sdn. Bhd.

Contractor: MAG Builders Sdn. Bhd.


Location: Tropicana Indah, Petaling Jaya

Keluasan build-up area: 16,000 sqft

Keluasan tanah: 40,000 sqft

Berpandangan Golf Sri Selangor


Ground floor

Main building

Living, dining, office, bedroom, dry kitchen, wet kitchen, family, lift, swimming pool


Pavilion

Living, dry kitchen, bedroom, toilet


First floor

Master, dressing, toilet, family, study, bedroom 4


Second floor

Usrah & bedroom, open roof garden