Seorang staff architecture mahupun interior perlu amanah dalam menjalankan kerja yang diberikan. Bila bos bagi kerja drawing, dan perlu disiapkan dalam tempoh 1 hari... tiba-tiba mengambil masa selama 1 minggu. Itu sudah dikira kurang ajar, atau tidak profesional, atau mempersendakan arahan bos.
Bila ditegur, terus MC.. terus cuti..terus emergency. Akibat dari tindakan itu kerja menjadi delay. Liabiliti kerja telah terpaksa berpindah pada orang lain.
Akibat kerja lambat siap, pekerja di site tidak cukup barang untuk kerja. Projek menjadi delay. Bila projek delay, duit confirm lambat masuk. Bila lambat masuk, faham-faham sudah laa apa akan jadi pada syarikat.
Bos tidak akan teragak-agak untuk membersihkan VIRUS / PARASIT di dalam ofis MAG. Dengan apa cara sekalipun.
Virus adalah pekerja yang malas, yang mampu dan akan mempengaruhi orang lain untuk terus malas. Atau pekerja yang bermasalah dan lain-lain.
Sila pastikan anda mengejar dateline yang diberikan dan tidak membebankan bos seorang diri dalam mengejar dateline. Seolah-olah sengaja ingin sakitkan hati bos.
Bos perlukan team yang kuat.
1. Aggressive mengejar dateline
2. Autopilot bergerak tanpa paksaan.
3. Menghormati bos sebagai ketua.
4. Mencari bos untuk perbincangan
Mereka yang telah membuat hati bos menjadi tawar.. faham-faham sendirilah. Kesabaran bos sudah sampai ke maksimum.
Kalau EGO DAN BERLAGAK sila berhenti.!!!
Semua bos akan berhadapan dengan isu yang sama sahaja. Berhadapan dengan staff yang tidak punyai nafsu bekerja.
Nukilan MAG
