Logo MAG - Website
Beza Bos vs Staff

30 MAC 2020


Orang bisnes bila ekonomi gawat :

Masih boleh makan nasi

Masih boleh makan di restoran

Masih boleh pergi mana-mana, jalan-jalan. Kalau dulu hotel budget rm600 semalam, tapi sekarang mungkin hotel budget rm200

Masih boleh shopping baju tapi mungkin dulu beli baju zara. Tapi sekarang mampu beli baju Uniqlo sahaja

Masih lagi boleh pakai kereta, tapi mungkin Porsche kena jual dan pakai jer Honda CR-V.


Tapi staf kita, bila gawat nak makan pun duit tak ada. Belum kira lagi keperluan asas yang lain. Bergerak pun mungkin pakai motor sebab nak isi minyak kereta tidak lagi mampu.


Tapi stress seorang bos lebih berkisar kepada mencari duit untuk diagihkan kepada semua staf-staf, semua supplier mereka yang ada keluarga dan ada ibu bapa. 


Manakala tekanan seorang staf adalah stress nak urus keperluan makanan dan harian keluarga. 


Sama-sama berdoa dan beri kerjasama dekat bos, ikut arahan. Mungkin akan ada jalan keluar yang tidak disangka-sangka oleh Allah, bagi mereka yang berusaha dan bertawakal. Dugaan berbeza, cabaran berbeza antara bos vs staff. Sama-sama faham itu yang penting.