23 NOVEMBER 2020
Kolej Komuniti Shah Alam secara rasmi telah melantik MAG sebagai Penasihat Industri Interior Design. Sejurus selepas perlantikan ini, modul pembelajaran bagi bahagian interior design telah diubah untuk semua Kolej Komuniti dengan memberi penekanan kepada pelajar sijil yang lebih menjurus kepada bidang berikut :
1. ID Site Coordinator
2. Kitchen Cabinet Specialist
3. Supplier Material
4. Soft Furnishings Shop
Semoga kerjasama ini dapat membantu kolej melahirkan graduan yang kompeten dan selaras dengan kehendak industri.
