Logo MAG - Website
Wajah Seorang Bos

1 JUN 2021


Tidak ingin bersedih.

Juga tidak ingin mengeluh

Hanya ingin diberi kekuatan 

Dan tahap tawakal tertinggi kepada Allah. 

Duit cukup atau tidak. 

Sukar atau perit. 

Ada atau tiada.


Tugas seorang bos tetap akan membayar gaji pekerjanya pada setiap akhir bulan. 

Supaya pekerja-pekerja, isteri-isteri, anak-anak serta ibu bapa yang ditanggung masih ada sesuap nasi.

Kerana itu adalah rezeki mereka. Dan Allah jadikan bos sebagai perantara untuk sama-sama kecapi nikmat Allah yang sangat luas.

Sama-sama meletakkan dunia yang kedua.

Dan akhiratlah yang pertama dalam kehidupan yang sementara. 

Kita mesti menang melawan COVID-19


Nukilan MAG