Logo MAG - Website
Kenapa Gaji Indo Makin Hari Makin Mahal

16 JUN 2021


Semenjak 2010


1. Nak cari pekerja Indo berpermit pun susah. Mereka main borong 100 orang ke atas terus. Clab ker, PATI ker... Agensi banyak tapi semua sistem jadi susah.


2. Kalau nak dapat Indo permit pun bawah permit bebas, erti kata Indo bawah company orang lain.


3. Nak letak Indo di site, PBT tak bagi. Nak ulang-alik letak di rumah teres atau flat mana-mana, penduduk marah. Nak letak di dalam site, ada persatuan penduduk bagi, ada tak bagi.


4. Kalau nak apply permit Indo sendiri, 1 tahun pun belum tentu lulus. Projek pun dah terlepas. Bayar permit tak semestinya cepatnyer.


5. Nak apply permit, 1 orang RM 10k ke atas. Kalau 10 orang, dah RM 100k. Itu belum tentu pandai dan setia. Silap haribulan lari, terbang RM 100k.


6. Bila nak renew lesen permit, kadang-kadang lepas 1 tahun baru dapat renew. Alahai... kenapa proses renew pun sangat lama dan mahal dan complex...! Renew pun RM 5k++.


7. Orang tempatan tak ada nak kerja. Walaupun orang atas cakap tak cuba, tak tahu.


8. Akhirnya gaji Indo sekarang lebih mahal dari gaji orang Melayu... Sebab semua Indo kena halau balik dan disusahkan permit dan dimahalkan. Akhirnya mereka kurang, menyebabkan permintaan mereka lebih tinggi dari local.


9. Dulu gaji dia orang RM 50-70. Tapi sekarang... kosikong RM 90, tukang RM 100, RM 120, RM 150 kadang-kadang cecah RM 170-200 per day. Sebulan RM 2600 - RM 5000 boleh cecah. Dulu gaji Melayu sama kini dan selamanya. Hehe


10. Kalau polisi kerajaan tak suka dekat Indo... bagi la kontraktor ikan bilis beberapa option lain. Negara-negara lain tak ada ker. Atau memang polisi Indonesia tak suka rakyat dia datang Malaysia. Atau sebab kita dok bergaduh dengan Indonesia. Kita ada option lain ker.


11. Sistem kita yang menyebabkan gaji mereka terus bertambah. Makin hari makin sulit. Birokrasi makin complex. Yang merana dan sengsara kita juga nanti. Kes kesukaran pekerja asing bermula kalau tak silap dari tahun 2010.. makin lama makin susah..


DI MANA SILAPNYA


Nukilan MAG. Kontraktor ikan bilis