7 JULAI 2021
Total reno
Tahun 2004 waktu ni gaji pekerja Indo :
rm60 mahir.
rm45 kosing.
Waktu ni sorang-sorang kerja tanpa ada staf.
MAG dah jadi fulltime multitasking bos. Design and build contractor. Dari sebagai buruh kasar, buruh mahir hingga ke bawa lori sendiri, pasang tile sendiri. Dari awal-awal MAG bukan jenis total sub dan lain-lain kerja. Risau memang risau, sebab fikir apakah akan ada job selepas ini.
Zaman ni beli pasir kasar untuk ikat batu. Indo semua gelak-gelak. Nasib baik MAG dibantu dan dididik oleh seorang ex maincon, Mr Tan waktu MAG kerja sebagai project architect di firm consultancy. Dia yang ajar MAG bagaimana bancuh cement dan lain-lain. Dia juga tolong supply pekerja mahir kepada MAG. Dia banyak bantu bagi pinjam machine site mixture. Selalu dia datang marah-marah dekat MAG, sebab kerja tak betul. Walaupun MAG tahu, dia tak minta duit walaupun 1 sen.
Waktu ini, kawan semua gelak dekat MAG. Sebab dari kerjaya sebagai project architect turun pangkat menjadi kontraktor reno. Mungkin bagi dia orang kerja reno macam hina dan tak ada standard.
Waktu ini, kalau tanya pendapat kawan, semua akan downkan emosi kita. Sebab yer MAG faham, kerjaya kita kotor dan jijik. Kadang-kadang repair toilet, WC sumbat. Tangan MAG ni dah masuk lubang tahi tak terkira bilangan. Tiap-tiap hari baju seluar balik dalam keadaan kotor. Pergi kedai, restoran semua pandang atas bawah. Sebab kotor kot.
Rasa kerjaya sebagai kontraktor reno zaman itu, sama hina dengan kerjaya nurse. Tapi zaman sudah berubah banyak.. Alhamdulilah.
Last kerjaya sebagai resident architect.
Gaji last MAG RM 2700.
Nukilan MAG