Logo MAG - Website
Project Architect cum Kambing Hitam?

Berat badan hanyalah 47 kg, selera makan tak ada. Mula-mula start kerja pada tahun 2000. Projek 4G4 Putrajaya bangunan Kementerian Belia dan Sukan oleh W&W Architect. Memegang jawatan sebagai project architect untuk projek ini dan lain-lain termasuk Puncak Alam dan lain-lain.


TAPI handle semua projek yang bermasalah, yang di mana semua bos-bos di atas tak nak handle. Sebab jika pergi, confirm kena maki hamun. Erti kata lain, MAG sebagai project architect bin kambing hitam. 


Zaman ni.. bila MAG ambil alih tugas, tak dibenarkan tanya apa-apa soalan dengan bos-bos. 1% pertolongan dari bos pun tak ada. Pandai-pandai setel, pandai-pandai kautim sendiri dengan client (developer) atau dengan kontraktor. 


Kalau nak tanya stress. Memang tahap 90% sebab MAG adalah fresh graduate pada masa itu, tapi kena handle projek A to Z, tanpa pertolongan dari bos. 

Dalam-dalam stress 4 tahun juga MAG kerja. Kena chairmeeting lagi. Perkataan "piling" pun tak tahu sebab dulu belajar di USM guna bahasa Malaysia iaitu cerucuk.. asas rakit.. dll


Cerita MAG