Logo MAG - Website
Cukup Dengan Honda CRV

MAG dah rasa macam-macam kereta dulu-dulu.

Akhirnya berubah selepas jumpa 1 client.

Rasa malu dekat dia. 


Jumpa client MAG bawa kereta mewah. Tapi client bawa Honda. Kononnya untuk tunjuk kita establish! Dan sudah berjaya dalam perniagaan. 


CLIENT pakai kereta Honda Accord tapi ada duit berjuta-juta untuk bina bungalow. Sedangkan MAG pakai kereta mewah berbagai jenama dari Porsche, Mercedes, BMW, Toyota, tapi poket kosong.. duduk rumah teres jer. 


BILA TERPERANGKAP


Pernah menempuh mimpi ngeri bila kena repair kereta mewah hampir RM 100k. Menyebabkan terus MAG jadi tawar hati. Rasa mereka yang pernah pakai akan tahu apa penyakit dia. 


Yang belum rasa.. rasa jer.. kereta mewah. Tak ada apa yang salah.


Akhirnya MAG belajar untuk hanya pakai kereta biasa-biasa. Tapi bukan mudah.. nak buang ego..riak.. rasa diri berjaya.. rasanya dah 5 tahun dah DOWNGRADE. Berpunca dari rasa malu pada diri sendiri. Bergaya lebih tapi poket kosong. 


Biar orang nak kata apa. Tahan berair liur jer laa tengok orang pakai kereta mewah. Nasihat MAG kepada yang belum pakai kereta mewah.. jika bayar RM 5k sebulan, anda sebenarnya bayar hampir RM 10k sebulan jika dicampur dengan roadtax, insurance, repair, maintenance dan lain-lain. Jika ada budget, teruskan. Jika budget bayar RM 5k pun dah ngam-ngam, lupakan sahaja.


Cerita MAG