13 JULAI 2021
Waktu MAG nak sewa office di Kota Damansara tahun 2007. MAG jumpa dengan anak owner selepas deal bayaran sewa office. Tiba-tiba ada seorang tua datang duduk semeja di kedai mamak.
Baju pagoda koyak.. Selipar jepun.. Tapi keluar dari mercedes tahun 70an.
Sekali imbas memang nampak orang miskin giler-giler. Rupa-rupanya ayah kepada owner.
Aset dia adalah lot-lot kedai yang sangat banyak.
Punca ayah dia berubah..setelah dihijack 3 kali di highway oleh perompak. Tapi nasib baik selamat.
Selepas peristiwa tersebut, ayah dia tidak lagi memakai pakaian mewah atau kereta mewah. Sekarang anak-anak dia jer pakai..
Jika Tuhan nak tarik nikmat bermegah-megahan dengan barang branded..sekejap jer Dia buat. Sehingga sekarang MAG juga memiliki 2 personaliti, sewaktu mood branded atau tidak walaupun ke shooping mall atau ke hotel. Walaupun wife MAG tetap dengan gaya dia yang tersendiri.
Semata-mata ingin MAG rasai sendiri kehinaan.
Pernah MAG pergi kedai nak beli Mercedes / Porsche, tapi bawa kereta kancil. Nasib-nasib mereka yang layan lah.