Logo MAG - Website
5 Jenis Pokok Buah yang Disebut Dalam Al-Quran

Buah-buahan merupakan antara makanan yang dimakan oleh manusia di muka bumi ini. Jika ditanam di sekitar rumah pasti akan lebih memberi keberkatan utk ahli keluarga. Tetapi tahukah anda yang di Syurga terdapat buah-buahan yang sedap di dalamnya sehingga ianya ada diceritakan dalam Al-Quran


Allah telah turunkan 5 jenis buah-buahan yang terdapat di Syurga untuk kita dahulu rasa, renung dan nikmati di muka bumi ini. Uniknya, buah-buahan ini tidak diturunkan di satu lokasi yang sama di muka bumi. Ia dijadikan subur di negara-negara yang berbeza. Ia membuktikan betapa adilnya Allah memberi peluang kepada hambaNya di seluruh dunia untuk merasainya. Lihat pokok dan merasai sedap buahnya.. sambil itu kita ingat makanan dalam syurga nanti, Insyaallah.


Apakah jenis buah-buahan yang dimaksudkan dan dinyatakan dalam Al-Quran? Mari kita lihat.

1. Pisang
8-Buah-Buahan-Untuk-Diet-Sehat-Golongan-Darah-O-A-B-AB-banana-pisang-www.giowahyu.blogspot.com-.jpg

“Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya. Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak. Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.”


(Al-Waaqi’ah 56:28-34)


Penduduk Asia dan rakyat Malaysia amat cukup sinonim dengan buah pisang. Ia merupakan salah satu buah-buahan tempatan yang boleh didapati sepanjang masa. Namun, tidak ramai yang tahu, buah pisang adalah salah satu buah-buahan yang juga terdapat di Syurga. Sangat beruntung kita sebagai rakyat Malaysia dapat menikmati rasa hidangan Syurga dengan mudah sekali.

2. Anggur
256411-1680x1050a.jpg

“Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.”


(Al-Mu’minuun 23:19)


Buah anggur yang sedap banyak terdapat di negara-negara beriklim sejuk. Sungguh, buah ini sedap dan manis rasanya! Buah anggur ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Namun, ia agak mahal untuk dibeli di Malaysia, kerana buah anggur perlu diimport dari negara luar.

3. Zaitun

“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.”


(Al-Nahl 16:11)


Buah zaitun mula berbuah ketika pokok mencecah umur lima tahun dan usianya dapat menjangkau sehingga ribuan tahun.

Di Palestin, terdapat pohon zaitun yang telah berumur ribuan tahun. Pohon itu telah mencecah usia 2000 tahun.

4. Kurma
kurma-lulu.jpg

“Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama. Dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.”


(Ar-Ra’d 13:4)


Kurma adalah antara makanan ruji kepada mereka yang tinggal di negara Timur Tengah seperti di Iraq, Semenanjung Arab dan Afrika Utara sehingga ke Magribi. Hal ini kerana pokok kurma subur di kawasan gurun panas dan berpasir. Pokok kurma dikatakan telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.

5. Delima

“Dan Dia lah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya).


Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”


(Al-An’aam 6:141)


Tidak dapat disangkal, buah delima mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan manusia. Pokok delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Lembah Mediterranean dan Kaukasus sejak zaman purba. Kini, ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria dan Turki.