Pintu depan rumah anda adalah kunci utama untuk Feng Shui yang baik kerana secara asasnya ia merupakan Qi utama bagi sesebuah rumah. Semasa menilai ciri ini, ia bukan bergantung kepada hartanahnya sahaja, tetapi persekitaran luaran juga amat penting. Mari ketahui bagaimana caranya untuk menjadikan pintu depan mendapat elemen positif dengan tip-tip ini.
Melihat ke luar dari pintu utama
Berdiri di pintu utama dan lihat ke luar. Dengan menggunakan imaginasi anda, lukis sepasang garis yang selari dengan dua sisi pintu. Kawasan yang berada dalam garis selari itulah yang perlu anda lihat untuk ciri positif atau negatif rumah tersebut. Elemen positif atau negatif yang berada dalam lingkungan 1km dari rumah juga boleh memberi kesan kepada kebolehhidupan rumah.
Apa yang anda perlu perhatikan:
Salah satu ciri negatif yang sangat penting untuk anda berjaga-jaga ialah objek tinggi seperti tiang lampu, tiang-tiang atau pokok-pokok. Ini boleh menyebabkan Piercing Heart Sha dan akan memberi kesan kepada kesihatan dan kerjaya penghuni rumah.
Apa yang perlu dielakkan:
Anda juga disarankan untuk tidak membiarkan pintu utama dibayangi dedaunan lebat – ia boleh menyebabkan rumah sentiasa berada dalam bayang-bayang. Ini menyebabkan Yin Sha dan akan memberi kesan kepada kesihatan mental penghuni rumah.
Akhir sekali, jika ada longkang yang berada selari dengan pintu utama rumah anda, terdapat ciri negatif yang menghalang Qi daripada masuk ke rumah anda.
Elakkan menghadap simpang tiga atau lorong
Jika pintu utama anda menghadap simpang tiga atau lorong, ini akan membawa masuk Qi negatif, bukannya Qi sentimental, ke rumah anda. Anda juga tidak mahu pintu rumah anda menghadap ke ruang sempit antara dua rumah, kebiasaannya wujud akibat pembinaan rumah yang rapat. Ini merupakan Tian Zhan Sha versi kecil (Crack in the Sky Sha).
Melihat ke dalam dari pintu utama
Jangan letakkan pintu utama pada kedudukan selari dengan pintu dapur atau pintu belakang. Jika dua pintu itu berada pada kedudukan selari, ini akan menyebabkan tenaga positif keluar dengan mudah dan pantas. Untuk mengelakkan perkara ini daripada terjadi, anda perlu memasang pemetakan untuk “menghalang” laluannya agar ia dapat kekal dan tersebar di dalam rumah.
Pastikan ia tidak terhalang
Seperti yang dikatakan, Qi baik akan memasuki rumah melalui pintu utama, jadi dengan memastikan bahagian luar dan dalam tidak terhalang, ini akan membenarkan tenaga positif mengalir dengan lancar ke dalam ruang rumah anda!
Pastikan laluan tidak berselerak
Setelah Qi baik berada di dalam rumah, pengedaran akan berada di kawasan utama dahulu sebelum mengalir ke bilik lain. Pastikan laluan dari pintu utama anda tidak berselerak dan pastikan ianya sentiasa cerah! Ini bukan sahaja bagus untuk Feng Shui, malah juga akan membuat rumah anda ceria dan terang, dan bukannya gelap dan suram!
Ciri air sebagai tambahan
Jika anda mempunyai anjung depan dan ruang yang sesuai, anda boleh memasang ciri air mengalir di luar pintu utama. Ini membantu menarik lebih banyak Qi. Walaubagaimanapun, kami mencadangkan anda untuk berunding dengan perunding Feng Shui sebelum pemasangan kerana peletakan, masa dan tarikh bergantung kepada BaZi para penghuni dan boleh memberi kesan kepada pengumpulan Qi.
Pintu utama merupakan ciri penting untuk sesebuah rumah. Pastikan semasa anda sedang mencari rumah, sila lihat ke mana pintu utama anda menghadap! Anda tidak mahu ciri negatif di luar atau di dalam pintu utama. Hal ini sangat tidak diingini dan tentu sekali akan memberi kesan kepada Feng Shui rumah anda.