Logo MAG - Website
Definisi Seni Bina

Seni bina merupakan seni dan sains dalam merancang reka bentuk sesebuah bangunan dan struktur lain sebelum membina bangunan tersebut. Bidang ini mencakupi perancangan dan pembangunan keseluruhan lingkungan binaan, bermula dari peringkat makro iaitu perancangan bandar, seni bina lanskap, hingga ke level mikro iaitu reka-reka bentuk bangunan, perabot dan produk. Seni bina juga merujuk pada hasil-hasil proses perancangan tersebut.

Skop

Menurut Vitruvius dalam bukunya De Architectura (yang merupakan sumber tertulis paling tua yang masih ada hingga sekarang), bangunan yang baik haruslah memilik Keindahan / Estetika (Venustas), Kekuatan (Firmitas), dan Kegunaan / Fungsi (Utilitas); seni bina dapat dikatakan sebagai keseimbangan dan koordinasi antara ketiga unsur tersebut, dan tidak ada satu unsur yang melebihi unsur lainnya. Dalam definisi moden, seni bina harus mencakupi pertimbangan fungsi, estetika, dan psikologi.


Seni bina adalah holak, termasuk di dalamnya adalah matematik, sains, seni, teknologi, kemanusiaan, politik, sejarah, falsafah dan sebagainya. Menurut Vitruvius lagi, "Seni bina adalah ilmu yang timbul dari ilmu-ilmu lainnya serta dilengkapi dengan proses belajar: dibantu dengan penilaian terhadap karya tersebut sebagai karya seni". Ini menunjukkan bahawa seorang jurubina atau arkitek harus fasih di dalam bidang musik, astronomi, dan sebagainya. Falsafah adalah salah satu yang utama di dalam pendekatan seni bina. Rasionalisme, empirisisme, fenomenologi strukturalisme, post-strukturalisme, dan dekonstruktivisme adalah beberapa arahan dari falsafah yang memengaruhi seni bina.

Teori dan praktik

Pentingnya teori untuk menjadi rujukan praktikal tidak boleh terlalu ditekankan, meskipun banyak jurubina mengabaikan teori sama sekali. Vitruvius berkata: "praktikal dan teori adalah akar seni bina. Praktikal adalah perenungan yang berterusan terhadap pelaksanaan sebuah projek atau hasil kerjanya dengan tangan, dalam proses menukarkan bahan bangunan dengan cara yang terbaik. Teori adalah hasil pemikiran yang menjelaskan proses penukaran bahan bangunan sehingga menjadi produk akhir sebagai jawapan terhadap suatu persoalan.


Seorang jurubina yang mengamalkan tanpa dasar teori tidak dapat menjelaskan asas mengenai bentuk-bentuk yang dia pilih, sementara jurubina yang berpegang kepada teori tanpa mempraktikkannya hanya berpegang kepada "bayangan" dan bukannya bahan yang nyata. Seorang jurubina yang berpegang pada teori dan mempraktikkannya, ia memiliki senjata ganda. Ia dapat membuktikan kebenaran hasil rekaannya dan juga dapat merealisasikannya dalam pelaksanaan". Semua ini tidak dapat dipisahkan dari konsep asas bahawa kekuatan utama pada setiap jurubina secara ideal terletak pada kekuatan idea.