9 FEBRUARI 2022
Telah berlangsung satu mesyuarat antara Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) dan LPPSA. Antara agenda mesyuarat tersebut adalah :
1. LPPSA telah bersetuju untuk membolehkan PKPM menyediakan Template Cadangan jadual bayaran berperingkat kesiapan untuk pembinaan rumah-rumah yang menggunakan pinjaman perumahan LPPSA untuk memudahkan semua pihak dengan melakukan perubahan kepada jadual yang digunakan sekarang agar lebih sesuai dengan keadaan semasa industri.
2. Penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pelanggan-pelanggan LPPSA yang telah membeli atau membina rumah dengan kontraktor perumahan :
A. LPPSA akan mengeluarkan template surat penangguhan serahan kunci dalam masa terdekat bagi pembinaan-pembinaan yang tertangguh disebabkan oleh wabak COVID-19 bagi membantu pelanggan-pelanggan LPPSA yang membuat memohon penangguhan bayaran balik pinjaman.
B. Tarikh akhir Permohonan Penangguhan bayaran balik pinjaman oleh pelanggan-pelanggan LPPSA yang telah berakhir pada 31.12.21 dilanjutkan dan masih dibuka untuk menyerahkan permohonan.
3. Perkara tentang kenapa bayaran LPPSA perlu melalui akaun peguam dan bukannya terus ke akaun kontraktor. LPPSA telah menyatakan tatacara bayaran berperingkat perlu melalui akaun peguam pemegang pertaruhan sebelum ini adalah berdasarkan perjanjian jual beli atau kontrak bina yang menyatakan sedemikian. Bayaran hanya boleh dibuat terus kepada kontraktor jika dinyatakan dalam perjanjian bayaran tersebut terus ke akaun kontraktor. Pelangan-pelanggan LPPSA boleh mencuba untuk membuat perubahan pada perjanjian untuk bahagian ini dengan peguam untuk melihat hasilnya.
4. Cadangan memperhalusi kaedah bayaran berperingkat bagi projek-projek perumahan yang menggunakan IBS agar lebih sesuai dengan aliran tunai dan kecepatan pembinaan. Perkara ini akan diselaraskan bersama CIDB Malaysia.