Logo MAG - Website
Simbol Pada Remote Aircond yang Boleh Menjimatkan Elektrik

Di Malaysia, sudah banyak rumah yang memiliki sekurang-kurangnya satu unit aircond untuk menyejukkan ruang. Ada juga rumah yang mempunyai beberapa unit aircond seperti satu unit di setiap bilik. Namun ramai yang tidak tahu, rupanya setting pada remote aircond juga boleh menjimatkan elektrik.


Tidak dinafikan cuaca di Malaysia sangat panas. Walaupun teriknya di siang hari namun sampai ke malam kita masih boleh merasai bahangnya.

Screenshot 2022-02-14 092002

Bagaimana untuk menyejukkan ruang dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? Sebenarnya remote aircond boleh membantu anda.

Sejukkan suhu bilik

Sehubungan itu, anda digalakkan untuk berada di tempat yang redup dan jika rumah anda memiliki aircond, boleh gunakannya dengan berhemah.


Namun untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu tahu setiap fungsi dan mode semasa yang sesuai untuk anda gunakan.

5e8422990eaddec4df9f29ec_air conditioner remote control
Kenali dry mode dan cool mode

Pengguna kebiasaannya terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode.


Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud dry mode. Manakala jika lambang yang ditunjukkan adalah empingan salji, ia adalah cool mode.


Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode kerana untuk mod ini, kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.


Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.


Semoga bermanfaat!