6 JULAI 2025
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan kepada Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) bagi menjayakan Program Seminar Tatacara & Proses Membina Rumah yang berlangsung pada 6 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Hotel Mercure Living, Putrajaya.
Seminar ini telah melibatkan penyertaan hampir 60 orang kakitangan LPPSA dari Unit Proses, Bayaran dan Legitasi. PKPM diwakili oleh barisan penceramah yang terdiri daripada:
Mohd Nasrul Baharudin, Setiausaha Agung PKPM
Hasniro Hasbullah, Penasihat PKPM
IDr Dr Muhsin Abdul Ghani, Presiden PKPM Pusat
Dalam seminar ini, Setiausaha Agung PKPM telah menyampaikan sesi perkongsian berkenaan tatacara dan proses lengkap membina rumah iaitu bermula dari peringkat awal perbincangan bersama pelanggan sehingga kepada proses akhir mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC/CF).
Selain itu, satu sesi interaktif telah dijalankan melibatkan kajian kes sebenar yang dikongsikan oleh para pegawai LPPSA. Pelbagai persoalan dan cabaran dalam pemprosesan pinjaman LPPSA telah dikupas dan diberikan pencerahan oleh Tuan Penasihat PKPM berdasarkan pengalaman sebenar di lapangan.
PKPM amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak LPPSA, khususnya kepada Puan Kamsilawati, Senior Manager Bahagian Proses LPPSA, yang menjadi penggerak utama dalam menjayakan sesi ini.
Semoga segala perkongsian yang diberikan memberi manfaat dan dapat meningkatkan kefahaman serta keberkesanan proses pembiayaan rumah dalam kalangan warga kerja LPPSA.
#PKPM #LPPSA #SeminarPembinaanRumah #KerjasamaStrategik #BinaRumahAtasTanahSendiri