Logo MAG - Website
Ziarah Mahabbah Kemboja

6 SEPTEMBER 2025


Alhamdulillah, rezeki dapat jejak kaki ke bumi Kemboja dalam program Ziarah Mahabbah. Perjalanan yang penuh makna, banyak benda buat kita tersentuh hati.


Setiap tempat sampai, sambutan penuh senyum. Simple je hidup mereka, tapi senyum dan layanan mereka buat kita rasa diterima dengan penuh kasih.


Masyarakat Melayu Islam di sini hidup sederhana, tapi semangat agama mereka luar biasa. Anak-anak kecil tekun mengaji walaupun dalam kekurangan. Masjid jadi tempat ilmu, jadi tempat berkumpul – penuh roh ukhuwah.



Antara perkara yang paling menyentuh hati ialah bila menziarahi pusat-pusat pengajian Islam.


* Di pondok-pondok dan madrasah tahfiz luar bandar,  anak-anak belajar al-Quran dalam keadaan serba kekurangan – ada dapurnya memasak guna kayu api (kayu hanyut) yang dikutip dari sungai mekong, ada yang kekurangan infrastruktur asas, tetapi semangat mereka sangat kuat.


* Di Cambodia Islamic Center, suasananya lebih tersusun. Di sinilah lahir pelajar-pelajar yang bukan sahaja menuntut ilmu asas, tapi juga pendidikan Islam sehingga ke tahap tinggi. Peranan pusat ini besar dalam melahirkan generasi pewaris agama di bumi Kemboja.



Di pusat bandar, suasananya lebih sibuk, jalanraya dipenuhi motosikal, pasar kecil, deretan kedai ringkas, dan beberapa kawasan yang sedang membangun. Bangunan moden mula kelihatan, tapi tidak sepadat bandar besar lain.


Bila masuk ke kampung pula, suasananya jauh lebih tenang. Sawah padi terbentang, sungai menjadi nadi kehidupan, dan masjid menjadi pusat aktiviti masyarakat. Walaupun kemudahan moden agak kurang, kehidupan di kampung penuh rasa syukur dan ketenangan.


Kami sempat rasa juadah mereka. Sup kepala toman, toman gulai, bebek bakar, sup ayam kampung, patin bakar, patin bekok, nasi dengan ulam-ulaman segar. Simple tapi sedap, lagi-lagi bila makan sambil bersembang dengan orang tempatan.


Antara momen istimewa, kami berpeluang guna Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh yang baru dibuka, hari pertama operas dan kamk sampai awal pagi. Suasana memang tenang, petugas-petugas nampak cekap dan mesra, memastikan segalanya berjalan lancar walaupun hari pertama. Satu pengalaman yang jarang dapat rasa, bagaikan saksi kepada sejarah baru negara ini.


Ada masa rasa sebak tengok anak-anak belajar al-Quran bersungguh-sungguh, ada rasa kagum tengok warga tua istiqamah berjemaah walau serba kekurangan. Buat kita sedar, nikmat yang kita ada di tanah air sebenarnya sangat besar, cuma kadang-kadang kita lupa nak syukur.


Ziarah ini bukan sekadar sampaikan bantuan dari sahabat² yang bermurah hati, tapi ikatan hati. Mahabbah kasih sayang kerana Allah itulah yang benar-benar dirasa.


Gambar-gambar ni jadi kenangan manis, tanda ukhuwah yang terbina. Semoga Allah berkati, dan semoga kita terus istiqamah membantu saudara seagama di mana saja mereka berada.

546157418_10162429702529051_8785005234120929853_n
543535582_10162429701444051_4918129378175159628_n
545631772_10162429701824051_9059613220816329978_n
545368491_10162429699219051_2242178960036504602_n
545048011_10162429699719051_3789791480128255415_n
544981355_10162429701694051_8643727466756275317_n
544857743_10162429701974051_8306917833193614931_n
544801422_10162429699564051_5393978641390615768_n
546475892_10162429698094051_6804040051662403527_n
545813376_10162429701159051_5764150479028455971_n
545382713_10162429698399051_4495380700093283503_n
545254727_10162429699829051_4655441364873387306_n
545008405_10162429701554051_1359465766920665921_n
544906163_10162429697884051_454938881743340736_n
544809179_10162429699389051_1910427698046721757_n
546224502_10162429701269051_2090252357736090191_n