Logo MAG - Website
Perbincangan LPPSA bersama JPPH dan PKPM

2 OKTOBER 2025


Sebentar tadi berlangsung sesi Perbincangan LPPSA bersama JPPH(Hq) dan PKPM.


Tarikh : 2 Oktober 2025

Masa : 10pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Besar, Aras 7, LPPSA Putrajaya.


PKPM diketuai oleh Tuan Penasihat iaitu En Hasniro Hasbullah, Presiden IDr Dr Muhsin Abd Ghani & Setiausaha Agung En Nasrul Baharudin.


Seramai 6 orang wakil dari pihak JPPH yang terdiri daripada Ketua Ketua Jabatan dalam JPPH manakala LPPSA di wakili oleh 4 Wakil iaitu Pn Kamsilawati, Senior Head Department of Process, Ketua Jabatan Cagaran dan 2 Org pegawai Unit Proses.


Perbincangan adalah berkenaan Cadangan Penambahbaikkan Jadual Tuntutan Kemajuan Kerja / Claim Progress.


Terdapat beberapa cadangan yang telah pihak PKPM suarakan dan pihak JPPH akan mempertimbangkan cadangan tersebut setelah pihak JPPH & LPPSA akan mengadakan perbincangan peringkat dalaman.


Perbincangan selesai pada jam 11.30am dan seterusnya diadakan sesi bergambar di hadapan bilik Mesyuarat Besar LPPSA.


Mesyuarat susulan akan dimaklumkan kelak oleh pihak LPPSA kepada PKPM.


Mohd Nasrul Baharudin

Setiausaha Agung PKPM Pusat

WhatsApp Image 2025-10-02 at 12.56.31_3d45b206
WhatsApp Image 2025-10-02 at 12.56.31_4106a1c1
WhatsApp Image 2025-10-02 at 12.56.31_92a78569
WhatsApp Image 2025-10-02 at 12.56.31_a14bce81
WhatsApp Image 2025-10-02 at 12.56.32_382e67b2