NEW BUNGALOW
CLIENT STORY
Sejak kecil, klien banyak terinspirasi daripada drama dan cerita lama yang memaparkan rumah gaya omputih — besar, klasik dan penuh karakter. Dari situ, timbul impian untuk memiliki rumah idaman sendiri, yang pada mulanya dirasakan hanya akan tercapai pada usia 60 tahun.
Namun, impian itu menjadi realiti lebih awal apabila klien berjaya memiliki dua lot tanah di kawasan Tropicana Indah. Kediaman ini dibangunkan di atas dua lot dengan keluasan hampir 1 ekar, serta menikmati pemandangan padang golf hampir 270 darjah.
Satu lot dibangunkan sebagai banglo utama seluas kira-kira 16,000 sqft, manakala satu lagi dijadikan pavilion khas untuk rumah tetamu.
Dengan perancangan yang betul, akhirnya terhasil sebuah kediaman yang benar-benar mencerminkan impian, gaya hidup dan citarasa klien.
