REFURBISHED BUNGALOW
CLIENT STORY
Pada permulaan, klien telah membelanjakan hampir RM500k kepada kontraktor tempatan untuk menaik taraf kemasan dalaman dan melakukan beberapa kerja renovasi pada banglo yang dibeli daripada developer. Namun, selepas siap, klien merasakan hasilnya tidak memberi impak yang sepatutnya dan tidak setimpal dengan kos yang telah dikeluarkan.
Selepas bertemu dengan MAG, proses reka bentuk semula dari segi seni bina dan dalaman telah dijalankan dengan perancangan bajet yang lebih teratur. Melalui renovasi menyeluruh (total renovation), akhirnya terhasil sebuah banglo yang benar-benar memenuhi citarasa, fungsi dan gaya hidup klien seperti yang diidamkan.