Logo MAG - Website
Mesyuarat Pembangunan Program Baharu Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

27 JULAI 2026 | Putrajaya


MAG Sertai Mesyuarat Pembangunan Program Baharu Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR)


Hari ini, IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani telah menghadiri Mesyuarat Pembangunan Program Baharu Bersama Industri bagi Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR) yang dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.


Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Tingkat 7, JPPKK, Galeria PJH, Putrajaya ini menghimpunkan wakil industri dan ahli akademik bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas dalam pembangunan kurikulum baharu Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR).


Penglibatan wakil industri seperti IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani diharap dapat memastikan program yang dibangunkan lebih relevan, memenuhi keperluan semasa industri, serta melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.


Semoga kerjasama erat antara institusi pendidikan dan pihak industri ini terus memperkukuhkan kualiti pendidikan teknikal dan profesional negara.

758245353_2063102127911381_2963881546458109895_n
756347813_2063102171244710_4301045448940038362_n
758133834_2063102114578049_4087438269462021843_n
756342202_2063133387908255_2207627306640097602_n