4 OGOS 2026
Hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan para pensyarah dan pelajar daripada Tashkent University of Architecture and Civil Engineering (TUACE), Uzbekistan bagi sesi perkongsian ilmu berkaitan seni bina dan reka bentuk kediaman di Malaysia.
Sesi perkongsian ini bertemakan:
“The Fundamental Philosophy of Residential Architecture and Interior Design”
Perkongsian memberi fokus kepada falsafah asas dalam mereka bentuk kediaman yang berkualiti, meliputi space planning, residential planning, keseimbangan antara fungsi dan estetika, serta bagaimana seni bina dan reka bentuk dalaman dapat meningkatkan kualiti kehidupan penghuni. Turut dikongsikan ialah pengalaman sebenar melalui pelaksanaan pelbagai projek kediaman di Malaysia serta pendekatan Architecture, Interior Design & Design & Build yang mengintegrasikan keseluruhan proses pembangunan daripada perancangan sehingga siap dibina.
Semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat memperkukuhkan hubungan akademik dan industri, di samping membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan profesional antara Malaysia dan Uzbekistan pada masa hadapan.
Terima kasih kepada seluruh delegasi Tashkent University of Architecture and Civil Engineering (TUACE) atas kunjungan yang amat bermakna ini.
IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani
President, Malaysian Housing Contractors Association (PKPM)
Elite Fellow, University of Malaya
Visiting Industry Lecturer, Tashkent University of Architecture and Civil Engineering (Uzbekistan)
