PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026 — Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM) mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) di Bilik Mesyuarat Kesidang.
Delegasi PKPM diketuai oleh Presiden, IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani. Perbincangan tersebut turut disertai YBhg. Dato’ Haji Mohd Sakeri bin Abdul Kadir, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Pertemuan ini menjadi ruang untuk kedua-dua pihak bertukar pandangan dan meneroka peluang kerjasama berkaitan industri pembinaan perumahan. PKPM merakamkan penghargaan kepada pihak PPj atas kesudian menerima kunjungan delegasi persatuan.
