15 OKTOBER 2026
Bertempat di Azimut Grand Hotel, Tashkent, Uzbekistan, IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani (MAG), selaku Pengerusi PKPM Selangor, telah menyerahkan cenderamata kepada Dr. Azamat Khasanov, PhD, Profesor dan Dekan Fakulti Seni Bina, Tashkent Architecture and Construction University (TAQU).
Dalam pertemuan tersebut, MAG turut menyatakan kesediaan PKPM Selangor untuk berbincang mengenai peluang menerima pelajar latihan industri dari Uzbekistan di Malaysia. Inisiatif ini diharap dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar dalam bidang seni bina, pembinaan dan perumahan.
