NEW BUNGALOW
CLIENT STORY
Pada awalnya, klien merancang untuk renovate rumah semi-D sedia ada bersama MAG. Namun, selepas perbincangan, didapati susun atur rumah tersebut tidak mampu memenuhi keperluan bilik untuk keluarga, lalu hasrat itu ditangguhkan.
Klien kemudian membeli sebuah banglo daripada developer, tetapi selepas siap, ruang yang disangka luas sebenarnya terasa sempit dan kurang efisien. Disebabkan itu, klien mengambil keputusan untuk menjual semula rumah tersebut.
Seterusnya, klien membeli tanah cerun (slope), namun selepas penilaian oleh MAG, didapati ia kurang sesuai untuk pembangunan optimum, lalu dilepaskan.
Akhirnya, klien menemui dua lot tanah bersebelahan di lokasi yang lebih strategik. Dengan perbincangan bersama MAG, kedua-dua lot digabungkan menjadi satu bagi membina banglo yang lebih sesuai dengan keperluan dan gaya hidup klien.