Logo MAG - Website
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri 2026 Politeknik Port Dickson

25 JUN 2026

Saya selaku CEO @ PolyCC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Politeknik Port Dickson (PPD), khususnya jawatankuasa urusetia Corporate Industry Services and Employability Centre (CISEC) atas penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) PPD Tahun 2026 yang berlangsung dengan begitu teratur dan cemerlang pada 25 Jun 2026 (Khamis) di Royal Chulan Seremban.


Tahniah juga diucapkan atas kejayaan Majlis Menandatangani Surat Hasrat (LoI) antara Politeknik Port Dickson dan Royal Chulan Hotels & Resorts. Inisiatif ini merupakan satu langkah strategik yang diyakini mampu memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pembangunan bakat serta kebolehpasaran graduan TVET.


Saya amat menghargai peluang untuk bersama-sama menyumbang pandangan dalam usaha memastikan program pengajian terus relevan dengan keperluan industri semasa. Semoga jalinan kerjasama erat antara pihak industri, Politeknik Port Dickson dan semua pihak berkepentingan akan terus diperkasakan demi melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi kehendak negara.


Sekali lagi, tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan urusetia atas komitmen serta layanan yang amat baik sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Terima kasih dan tahniah.


IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani

CEO @ PolyCC

IMG_3464
IMG_3458
IMG_3445
IMG_3426
IMG_3419
IMG_3415
IMG_3397
IMG_3395
IMG_3387
IMG_3357
IMG_3347
IMG_3345
IMG_3340
IMG_3319
IMG_3305
IMG_3293
IMG_3285
IMG_3283