27 JULAI 2026
PUTRAJAYA - Hari ini, IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani telah menghadiri Mesyuarat Pembangunan Program Baharu Bersama Industri bagi Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR) yang dianjurkan oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Tingkat 7, JPPKK, Galeria PJH, Putrajaya ini menghimpunkan wakil industri dan ahli akademik bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta maklum balas dalam pembangunan kurikulum baharu Diploma Teknologi Rekabentuk Dalaman (DTR).
Penglibatan wakil industri seperti IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani diharap dapat memastikan program yang dibangunkan lebih relevan, memenuhi keperluan semasa industri, serta melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
Semoga kerjasama erat antara institusi pendidikan dan pihak industri ini terus memperkukuhkan kualiti pendidikan teknikal dan profesional negara.
