Logo MAG - Website
Program Wacana Strategik Hub Kolaborasi TVET Seni Bina Kebangsaan, Politeknik Port Dickson

23 SEPTEMBER 2026


Centre of Architecture Technology (CArT), Politeknik Premier Port Dickson telah menganjurkan Program Wacana Strategik Hub Kolaborasi TVET Seni Bina Kebangsaan: Industri, Institusi dan Agensi Kerajaan Tahun 2026 yang menghimpunkan wakil daripada institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pihak industri serta agensi kerajaan.


Program ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh jaringan kerjasama dan kolaborasi antara institusi TVET, industri dan agensi kerajaan, khususnya dalam bidang seni bina. Perkongsian pandangan, ilmu, pengalaman serta kepakaran daripada pelbagai pihak turut membuka ruang kepada perbincangan berkaitan keperluan dan perkembangan semasa industri serta hala tuju pendidikan TVET dalam bidang seni bina.


Kehadiran para peserta dan wakil daripada pelbagai organisasi telah memberikan nilai tambah kepada penganjuran program melalui perkongsian idea, pengalaman serta pandangan strategik yang dapat menyokong usaha memperkasakan ekosistem TVET seni bina di peringkat kebangsaan.


Pihak CArT, Politeknik Premier Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua YBrs. Ts., Dr., Tuan dan Puan yang telah meluangkan masa serta memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.


Sokongan dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam merealisasikan hasrat untuk membina jaringan kolaborasi yang lebih kukuh dan berterusan antara pihak industri, institusi TVET dan agensi kerajaan.


Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kolaborasi strategik pada masa akan datang, sekali gus memberi manfaat kepada institusi, pihak industri, agensi kerajaan serta para pelajar dalam memperkukuh pembangunan bakat dan kompetensi bidang seni bina.


CArT, Politeknik Premier Port Dickson turut merakamkan penghargaan atas segala sokongan, kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang program berlangsung.


Terima kasih dan semoga jalinan kolaborasi yang terjalin terus diperkukuh demi kecemerlangan TVET seni bina negara.

IMG_7856
IMG_6677
IMG_6637
IMG_6597
IMG_2279
IMG_2219
IMG_2206
IMG_9193