IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani Diberi Dua Peluang Berucap di Uzbekistan
TASHKENT, 15 Oktober 2026 — IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani telah diberi peluang menyertai dua sesi dalam program di Tashkent Architecture and Construction University (TAQU), Uzbekistan.
MAG terlebih dahulu tampil sebagai Keynote Speaker selama 15 minit. Selepas itu, mag menyertai forum soal jawab bersama Paolo Matteuzzi daripada Zaha Hadid Architects dan Dr. Azamat Khasanov, Profesor serta Dekan Fakulti Seni Bina TAQU.
Kedua-dua sesi tersebut membuka ruang untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan mengenai seni bina, pembinaan serta perancangan bandar.
