15 OKTOBER 2026
SIAPA SANGKA, SUATU HARI DAPAT DUDUK SEBARIS DENGAN ARKITEK BERTARAF DUNIA.
Alhamdulillah, satu pengalaman yang amat bermakna apabila IDr. Dr. Muhsin Abdul Ghani (Dr. MAG) diberi penghormatan untuk duduk sebaris bersama arkitek antarabangsa ternama, Paolo Matteuzzi, Director of Zaha Hadid Architects (ZHA), London, United Kingdom, dalam sesi Global Architecture Forum 2026 di Tashkent, Uzbekistan, pada 15 Oktober 2026.
Lebih bermakna, Dr. MAG turut diberi peluang menyampaikan ucaptama (keynote speech) selama 15 minit sebelum menyertai sesi forum dan soal jawab bersama Paolo Matteuzzi serta Prof. Dr. Azamat Khasanov, Dekan Fakulti Seni Bina.
Tidak pernah terbayang suatu hari nanti pengalaman dan perjalanan kerjaya dalam industri seni bina Malaysia membawa Dr. MAG ke pentas antarabangsa, berkongsi pandangan bersama tokoh seni bina dunia.
Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, berusaha dan berdoa. Selebihnya adalah atas ketentuan Allah SWT.
Alhamdulillah, satu kenangan dan penghargaan yang tidak ternilai. π²πΎπΊπΏ
#DrMAG #ZahaHadidArchitects #PaoloMatteuzzi #GlobalArchitectureForum2026 #TashkentUzbekistan MalaysianArchitecturalIndustry
