5 NOVEMBER 2018
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mewakili Malaysia dalam program Solar Decathlon Middle East 2018 (SDME 2018) yang diadakan di Dubai. Kumpulan ini dikenali dengan nama MizanHome Team. Objektif kami dalam SDME 2018 ini adalah untuk membangunkan rumah mampu milik dan tanpa tenaga yang menampilkan teknologi solar dan kecekapan tenaga dalam aplikasi yang boleh dipasarkan, melalui pembangunan teknologi dan kerjasama. MAG telah dilantik oleh USIM & UTM sebagai panel industri untuk turut serta dalam pertandingan rumah solar yang akan diadakan di Dubai pada tahun 2018. Proses pembinaan rumah bersaiz "studio" ini bercirikan James Bond yang akan hanya mengambil masa 10 hari pembinaan sahaja di Dubai.
Rumah solar memberi kebebasan dari kebergantungan kepada harga utiliti yang semakin meningkat tanpa mengorbankan tenaga elektrik. Ia mempunyai ciri-ciri keselesaan yang terdiri daripada sistem penyejukan dan haba, hiburan dan peralatan rumah. Melalui pertandingan ini, pendidikan dan kesedaran tentang rumah solar boleh dipertingkatkan dalam kalangan kumpulan yang terlibat.
