Terjumpa surat-surat lama yang masih tersimpan rapi dalam kotak pusaka MAG.
Surat amaran dari USM dikeluarkan kerana MAG masih gagal atau perkataan mudah dapat result "F" untuk 3 semester berturut-turut dalam bidang statistik dan penyelidikan operasi. Kalau 1 semester lagi masih gagal exam.. jawapnya kena buang dari USM.. nasib baik sempat tukar kos kepada architect.
Sedih waktu itu.. minta tolong kawan-kawan ajar ilmu semua cabut lari... ITULAH REALITI KEHIDUPAN.. Dulu waktu MAG jadi best student di MRSM Kulim ... semua orang MAG tolong ... tapi bila kena dekat kita semua orang cabut lari.. rasa macam pengemis dibuatnya.. Apa-apa pun Tuhan itu maha kaya.... dan mengetahui segala apa yang berlaku.
Sebab ramai yang melarikan diri.. membuatkan diri sendiri lebih kuat dan tabah.
MAG masih ingat ... dalam keadaan terumbang-ambing itu . memang sukar untuk MAG buat keputusan sama ada untuk tukar kos, atau pergi ke Kolej Kemahiran MARA belajar menjahit atau repair kereta.. atau balik kampung tanam jagung...
Pernah rakan-rakan melalui detik-detik sukar..?
