17 OKTOBER 2018
Staff adalah aset syarikat. Tanpa mereka runtuhlah syarikat.. koordinasi dan pembahagian skop kerja yang teratur dan berkesan.. akan memberi impaks yang besar pada syarikat.
Pengalaman MAG sendiri bila mana mereka telah mendapat kepercayaan bos dalam masa 1 tahun atau lebih... maka mulalah aktiviti menghalalkan cara..
Cuma tidak pula MAG faham... kenapa mereka sanggup menghalalkan gaji mereka dengan cara begini.
1. Kerja yang boleh disempurnakan dalam tempoh 8am - 5pm .. dengan sengaja melambatkan kerja-kerja hinggakan mengambil masa berhari-hari. Dengan erti kata kerja sepatutnya siap 1 hari ..tapi 5 hari baru siap. Dilewatkan agar ada OT.
2. Dalam tempoh waktu kerja 8am - 5pm, tidak pula mereka sempurnakan kerja mengikut arahan. Tapi melakukan kerja part time luar ... semasa waktu kerja. Dengan mengabaikan tugasan bos berikan. Tidak pula MAG ingin mempertikaikan kerja part time mereka .. tapi sekurang-kurangnya gunalah waktu-waktu lain dan bukannya waktu kerja.. agar adil untuk diri MAG.
3. Harga-harga barangan yang dibeli di kedai.. di UP kan sendiri. Atau diubah resit atau sanggup keluarkan resit sendiri. Bila diminta repair kereta bos... kereta mereka juga akan masuk ke dalam bengkel yang sama.. dan dalam diam-diam bil kereta dia... bos yang kena bayar.. halalkah cara tersebut..
4. Barang-barang pejabat seperti mesin dicuri.. diambil.. tidak ketinggalan barangan di site juga dijual secara diam.
5. Sikap menipu punch card dah menjadi kebiasaan di mana.. punch dan kemudian menghilangkan diri..
6. Yang menipu MC pun dah jadi kewajipan.. sampai MAG fikir.... ikut suka hang laa..
7. Waktu kerja main FB. Dari pagi hingga petang.. lebih baik kerja dengan FB laa..
Bila boss marah .. atau buang .. atau potong gaji....mereka kata bos zalim... mula maki hamun bos.. dan berkata bos nak kaya sorang-sorang. Bagi mag... kalau u juga nak kaya ... u kena buka syarikat sendiri .. bukannya makan gaji... Inilah pengalaman-pengalaman yang dah sebati dalam diri MAG. Nanti waktu itu baru u rasa nak maki hamun staf u sendiri.
Mereka merasakan wang diambil secara ini adalah HALAL BAGI MEREKA.
Mereka juga merasakan wang ini HALAL untuk ANAK BINI MEREKA MAKAN.
Mereka juga tidak endah... wang inilah yang diberikan kepada ibu bapa mereka sendiri....
Mereka juga merasakan wang ini adalah HAK MEREKA KERANA BOS TAK UP GAJI MEREKA ATAU BOS KEDEKUT ATAU BOS JAHAT.. ATAU BOS TAK ADIL.
Secara ASASNYA WANG ITU TIDAK AKAN HALAL DI SISI BOS MAHUPUN TUHAN.
"HANYA HALAL DI MATA SYAITAN. "
Wang itu juga tidak akan membawa kebaikan.. malah akan membawa malapetaka kepada pencuri... dengan cara yang berlainan.
Alhamdulillah team baru telah diwujudkan semula .. tiada lagi masalah-masalah dulu. Tapi harus berhati-hati agar virus kedua tidak menyerang kembali. Lebih mudah remove total system yang telah rosak.. daripada memperbaiki dari dalam...
