21 APRIL 2021
Pada tahun 1995, waktu belajar Bachelor Building, Housing & Planning (Architecture) USM Penang. Di sinilah MAG selalu lepak. Lepak sorang-sorang, sebab tak ada kawan. Mungkin sebab MAG penyakit gagap yang teruk. Nak sembang pun susah. Atau mungkin sebab rendah diri, sebab sering gagal.
Tengok pembinaan bungalow-bungalow mewah. Cantik design bungalow kawasan elit ini. Melihat macam mana orang kerja. Curi-curi lihat dari jauh. Waktu tu tertulis dalam hati. MAG ingin menjadi kontraktor bungalow mewah suatu hari nanti yang terkenal di Malaysia. Di sini semua kontraktor adalah Cina.
Waktu tu MAG tak pasti adalah seorang melayu macam MAG yang penah gagal dalam pembelajaran di USM dalam bidang statistic (math) selama 2 tahun dan hampir kena buang dari USM akibat gagal dan terus gagal, kesemua exam semester asyik F jer. Ada juga paper yang kena bar dari pergi exam. Boleh dan mampu bangkit kembali.
Yer laa. Orang dah tahun ke-3. Kita kena masuk tahun 1 semula. Malunya.
