Logo MAG - Website
Kereta Mewah vs Kejayaan

Ramai beranggapan bahawa kemewahan kereta adalah lambang kejayaan. Bagi sesetengah orang, menayangkan kereta mewah dalam fb adalah wajib untuk dipertontonkan.. tidak ada yang salah pun. Cuma mungkin pendekatan dan cara menggunakan wang dan strategi marketing berbeza antara 1 sama lain.


MAG juga tidak ketinggalan di awal gelora kekayaan tiba-tiba datang dengan pantas satu ketika dahulu. Sekitar tahun 2007-2012, sifat ingin menunjuk kemewahan tidak dapat dibendung dan dielakkan. Sifat riak, bongkak dan sombong telah menguasai diri tanpa disedari.  Tapi tiba-tiba MAG berubah.. bila peristiwa sangat perit telah melanda MAG. Mungkin Tuhan ingin memberi peringatan.. atau "soft reminder" kepada MAG.


MAG lihat ramai client-client MAG tidak pula bawa kereta mewah untuk first deal dengan MAG. Jadi untuk menghormati client MAG.. ... yang sangat "low profile", MAG juga bawakan kereta yang biasa-biasa untuk kerja.. iaitu Honda CR-V WPA61. Kadang-kadang MAG bawa jer Perodua Bezza.  Number plate ini masih kekal sebagai kenderaan rasmi MAG.


Sangat ramai client-client MAG tidak menonjolkan kekayaan mereka dalam bentuk pakaian dan lain-lain. Mungkin juga mereka beranggapan bahawa kekayaan adalah privasi mereka. Mungkin mereka menghormati abang-abang dan kakak-kakak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri yang sentiasa memerhati kemewahan mereka melalui fb atau instagram..


Kini ... kereta mewah hanyalah privasi untuk diri MAG sendiri.. sahaja. Itu pun kalau ada.. dan bukan untuk dipertontonkan.


nukilan mag.