Logo MAG - Website
Motor Pertama RM 1500

4 FEBRUARI 2019


Yang dibeli dengan guna duit MARA. Curi-curi beli. Mengamok ayah MAG sebab habis duit tu MAG pakai. MAG tak mampu laa nak berjalan .. pergi kuliah kayoh basikal. Maklum laa USM ni berbukit-bukau.

 

TAPI MALANGNYA PADA 1993...  MAG diterima masuk untuk Bachelor Statistik dan Penyelidikan Operasi under school math. Kerana result matrik 2 yang sangat rendah. Tak minat langsung bidang ni. Jadi bermula laa episode tak pergi kelas.. tidur.. exam tak pergi.. sampai ada paper yang kena bar dari pergi exam... zaman MAG disisih.. oleh kawan-kawan sekelas.. sedihnya. Bermula laa MAG hisap rokok, nasib baik tak hisap dadah atau ganja.


Sehinggalah.

Sem 1 gagal. Sem 2 gagal. Sem 3 gagal. Sem 4 MAG terpaksa ambil cuti belajar. Sebab akan dibuang dari USM sebab secara teknikal telah gagal 3 kali, selama 2 tahun.... berterusan. Waktu ni baru tahu... siapa diri ni.. semua kawan-kawan tak nak bantu untuk pulihkan markah..  untuk ulangkaji.. semua cabut lari. Walaupun dulu-dulu waktu matrik 1. MAG adalah antara top student .. tapi MAG tak pernah kedekut ilmu.


Sewaktu inilah MAG berpersatuan.. memegang jawatan tinggi dalam pelbagai persatuan dan juga giat memberi ceramah motivasi. Jawatan-jawatan termasuklah Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, Pengarah-pengarah projek.. untuk kelab pembimbing rakan sebaya (counseling) dan lain-lain lagi. Berpersatuan untuk mengubati kesedihan hati MAG. 


Kenapa MAG memilih menjadi architect.


Sebab sewaktu inilah.. roommate MAG ada seorang architect dan seorang bisness management. Tertarik rasanya ... maka tercetuslah minat menjadi usahawan dalam architect. Ditambah pula dengan mimpi-mimpi, sembahyang istikarah di waktu matrik menjelmakan mimpi sebagai seorang tukang rumah berulang kali. Waktu itu MAG tidak percaya pada mimpi dari Tuhan. 

Dalam keadaan kelam kabut.. inilah MAG telah bersedia untuk dibuang dari USM. Telah pergi ke Pusat Giat mara untuk mencari bidang-bidang baru seperti mekanik kereta atau jahitan baju. Tiba-tiba MAG terjumpa saudara MAG.. dia Timbalan Dekan Housing, Building and Planning, Dr. Abdullah. Dialah membawa MAG masuk ke dunia architect.


Tapi cabaran terbesar adalah malu dan rendah diri sebab kita pelajar yang sangat tua berbanding orang lain dalam kelas yang sama. Sebab lepas 2 tahun baru tukar kos.

BERMULALAH... MAG memperbaiki emosi.. kekecewaan.. keresahan.. satu demi satu.. bukan mudah yer. Nak balik kampung malu. Sebab orang tanya bila nak graduate. !!!

Orang yang kenal MAG ketika itu akan tahu RUPA WAJAH MAG SEMACAM APA.. ada orang kata macam mayat hidup.. macam penagih dadah..dan lain-lain. Kalau kawan-kawan lama jumpa MAG..sekarang.. Semua terkejut!


Nukilan MAG.