22 OGOS 2014
Semalam genap 1 tahun untuk Marissa.. sekejap jer masa berlalu. Happy birthday to my Marissa.
Teringat waktu baru kahwin, tinggal di flat Taman Dato Senu, Sentul, Kuala Lumpur. Tidur di atas tilam toto. Bila dekat-dekat kelahiran anak pertama. Isteri tanya... "bang.. baju baby belum beli lagi". MAG menjawab.. "tak sempat nak beli".... padahal jawapan yang betul adalah tiada duit.. tangan menggigil sebab wang tak cukup. Hutang kahwin dan lain-lain belum dibayar.. Waktu tu harapan ada hadiah dari saudara dan kawan-kawan bila baby dilahirkan nanti. Mungkin dapat baju baby dan lain-lain.
Beli nasi sebungkus sahaja dan berkongsi dengan wife. Bila ayah tanya.. kenapa beli satu jer.. MAG cakap beli 2 takut tak habis makan dan membazir.
Tapi berbeza sekarang.
Alhamdulillah.. atas rezeki dari yang Maha Esa
