Logo MAG - Website
Terlajak Berani

25 JANUARI 2015


Sewaktu tadika : MAG naik basikal dari Wakaf Bahru, Kelantan ke Tumpat, sorang diri. Kerana merajuk abang tak bawa pergi jalan-jalan.


Darjah 3: Menaiki basikal dari Wakaf Bahru, Kelantan ke Kota Bharu seorang diri dari pagi ke malam kerana melarikan diri. Sebab takut dimarahi oleh mak ayah MAG.


Darjah 6: Pergi Sekolah Rendah Sultan Ismail 1 menaiki basikal sejauh 30km sambil-sambil racing sendirian selama 2 minggu... shok2... senyap2.


Tingkatan 2: Berjalan kaki balik dari SM Sultan Ismail, Telipot ke Wakaf Bharu kerana tak nak naik kereta sewa yang disumbat seramai 8 orang. Depan kena duduk 3 orang, rasa malu. Dari jam 3pm-7:30pm baru sampai. Rasanya sekitar 30km.


USM Penang : Naik motor "Yamaha RXZ" SEORANG DIRI tanpa peralatan mekanik ...bertolak ...tak kira jam 3am ker.. 4pm ker... 8pm ker... dari Penang ke Kota Bharu.. dari KL ke Kota Bharu. KL - Penang.. perjalanan mengambil masa 6-8 jam. Mula-mula mak berleter terkejut..lama-lama sebab dah banyak kali, dia pun dah tak boleh marah lagi... rasanya hampir 10 kali trip jauh solo sorang diri.


2013 : Racing sport car time attack di MMC dapat number 2.


TAPI BILA SUDAH BERUSIA 40an... fikiran tidak seberani DAHULU mungkin sebab dah tua atau fikiran lebih matang.. atau lebih memikirkan kesan kepada keluarga..... kerana terlajak BERANI itulah.... menjadi sebati dalam diri.. hingga MAG boleh berada di sini. Terjumpa gambar lama di Switzerland tahun 2012. Teringat nak ke sana lagi.


TAK FAHAM kerana waktu-waktu itu tidak pernah timbul perasaan TAKUT DAN GENTAR...