Logo MAG - Website
Gincu VS Gucci

30 NOVEMBER 2014


Ramai yang masih ingat cerita P.Ramlee yang menceritakan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Harta yang dikumpulkan sedikit pun tidak dimanfaatkan. Akhirnya anaknya yang habiskan harta.


MAG jumpa ramai kawan-kawan... saudara MAG sendiri yang senasib dengan cerita ini... bila ayah meninggal.. tak sampai setahun habis harta pusaka dijual... Hinggakan jatuh miskin si anak berkenaan beberapa tahun kemudian...


Realitinya mudah sahaja... mereka memperolehi harta yang amat mudah. Jadi mudahlah mereka menghabiskan harta tersebut. Oleh itu, tinggalkan wasiat yang berpatutan kepada mereka. Yang paling penting, ilmu, agama dan empayar perniagaan untuk mereka, agar perjalanan mereka lebih sempurna.


Pesanan penaja... berikan DUIT ANDA KEPADA ISTERI ANDA. Bini minta, beli jer... terutama "HAND BAG". Selamat bershopping... agar ISTERI KITA dapat merasai syurga dunia..


Kalau datang ke Mid Valley mesti singgah di COLISEUM cafe and grill room.


Nukilan MAG