8 DISEMBER 2018
BOS sering menangis dan sering melihat kesulitan mencari 30 suap nasi untuk diagihkan kepada supplier, pekerja yg ramai, anak2 isteri, bayar kereta, kilang, pejabat dll. Tangisan itu terjelma akibat tekanan yg melampau dari perlbagai arah.
Tapi pekerja sering menagis dan sering melihat kesukaran mencari 3 suap nasi. Utk keperluan rumah shj dan diberikan kepada anak dan isteri.
Manakala pengemis melihat kesulitan mencari 1 suap nasi. Utk mengisi perut diri sendiri dan mungkin seorang 2 anak. Entah makan atau tidak untuk hari itu atau untuk beberapa hari.
Seorang Bos sering melihat apa yg tidak bos miliki.
Seorang Pekerja sering melihat apa yg bos miliki.
Seorang Pengemis sering melihat apa yg orang di sekitar miliki.
TANGISAN seorang bos sering kali mengatasi KETAWA.
Bos sering menangis kerana apa yg bos inginkan tidak dipenuhi.. oleh tuhan.
Bos sering menangis kerana bagi bos .. ujian tuhan terhadap bos sangat berat.
Bos sering menangis kerana waktu mengejar payment seolah2 menjadi pengemis jalanan.
Bos sering menangis kerana wang tidak pernah mencukupi.
TAPI bos jarang pula KETAWA ..
Ketawa melihat hasil kejayaan berbanding dulu.
Ketawa melihat kemewahan berbeza berbanding dulu.
Ketawa melihat dahulunya kurus kering tapi sekarang sudah berisi dan perut pun sudah kedepan tanda kemajuan.
Apa yg bos telah miliki jauh lebih mudah.. senang.. kaya.. berbanding dgn seawal bisness bermula.
KERANA BOS MUDAH LUPA
Dahulunya kereta kancil atau naik motor rxz, tapi sekarang sudah miliki toyota atau mercedes atau bmw atau mahupun porsche
Dulunya 1 kereta dan 1 motor, honda cup tapi sekarang sudah ada 5 kereta ++
Dahulunya menyewa rumah flat bertilamkan toto.. beralmarikan lantai.. dimana semua baju di susun berderetan atas lantai.. bermesin basuhkan baldi dgn hanya merendam baju dalam sabun attack yg disimpan selama 1 jam sebelum di bilas...TAPI sekarang telah membeli rumah condo atau teres atau bungalow.
dahulunya dalam dompet hanya rm50 cash ATAU serendah rm10.. makan pun berkongsi 1 bungkus untuk 2 orang tapi sekarang Rm 5000 ++ cash senang tiada ada.
Sakit seorang bos diatas katil di hospital private dijaga oleh nurse tapi sakit seorang pengemis diatas jalan dilihat ribuan orang ramai.. berairconkan udara sejuk tepi jalan di malam hari dan disiang hari seolah berada dalam bilik sauna kepanasan.
Adakah seorang bos harus terus mengeluh dan tidak bersyukur. Dan tidak ingin merasai nikmat KETAWA dalam TANGISAN. Adakah nilai ketawa diletakkan hanya pada NILAI WANG RINGGIT sahaja.
Selagi SEORANG BOS meletakkan DUNIA DAN WANG RINGGIT sebagai KEUTAMAAN. selagi itulah KETAWA AKAN TERUS HILANG dan MENANGIS AKAN SERING DATANG.
Dunia hanya sementara.. tidak perlu di tangisi sehingga sedemikian rupa. Luahkan kedukaan dan tangisan hanya pada Allah. Dan ketawa pasti Dia akan berikan...
Nukilan mag.
