Logo MAG - Website
Tangisan Seorang Bos

Bos... 

Sering kali juga sukar tidur.

Sering kali juga tangan dan kaki menggigil.

Sering kali juga jantung bertiup kencang.

Sering kali juga risau tidak menentu.

Sering kali juga termenung.

Sering kali juga tubuh terasa lumpuh.. kejang.. kaku.


Kadang-kadang terfikir apa kesudahan dunia

Kadang-kadang terfikir apa kesudahan bisness

Kadang-kadang terfikir macam mana nak bayar gaji pekerja


Nak bayar supplier.. 

Nak bayar pekerja Indo..

Nak bayar overhead syarikat yang seolah-olah sering mencuri dan merompak duit simpanan syarikat ..


Bila projek kurang..

Bila projek lambat dapat payment..

Bila projek ada masalah.

Bila projek delay.

Bila projek harganya ditekan.


Ditambah pula dengan harga barang-barang asyik naik jer.. 

Upah pekerja juga asyik naik jer.. 

Tapi harga service makin menurun atau naik sedikit sangat... akibat saingan yang tinggi. 


Tapi apa yang mampu seorang bos lakukan. 

Bos hanya mampu berdoa.. siang dan malam.

Bos hanya mampu berusaha dalam keadaan tangan dan kaki diikat .. 

Bos hanya mampu bernafas dalam kesakitan akibat... ditendang dan diterajang..


Kerana bos percaya kepada kesemua ketentuan Ilahi.


"Diharap pekerja-pekerja di luar sana faham.. bukan anda sahaja yang nak minta bos naikkan gaji."


Juga.. bukan gaji kamu sahaja kena potong .. oleh bos.. tapi payment bos juga dipotong oleh client... !

Bos juga nak client bos naikkan harga.. tapi mustahil. Kecuali dengan penuh ehsan mereka.


TAPI BOSS TETAP NAMPAK HEBAT KAN!

Yang best nyer.. seorang bos tetap nampak hebat dan kaya di sisi mereka di luar sana.. walaupun kadang-kadang atau sering kali poketnya kering kontang.!


Bos tetap nampak hebat di hadapan follower atau kawan-kawan .. walaupun tiada orang tahu bila dia balik rumah tangan terus berada di dahi!!. Air mata terus mengalir..  bila tidur masih bermimpikan kerja..


Mengikut kajian secara rawak hampir 70%++ boss di luar sana berhadapan dengan tekanan dan tidak happy dengan perniagaan masing-masing. Dan 50%++ ingin menjual perniagaan mereka.


Nukilan MAG.

Muhsin Abdul Ghani

(Your Entrepreneur & Motivator)

__________________________________________

Hasil karya MAG untuk usahawan dan bakal usahawan.

Artikel di atas adalah kata-kata semangat dalam bentuk spiritual sebagai panduan usahawan dan bakal usahawan menempuh perniagaan yang penuh cabaran. 

Di mana artikel tersebut berdasarkan pengalaman MAG sendiri dan gabungkan dengan kajian-kajian terhadap usahawan  lain di luar sana. 

Insyaallah yang baik datang dari Allah. Dan yang kurang baik datang dari kelemahan diri kita sendiri.

Gambar hanya sekadar hiasan